BEKAM
Cup Bekam Bersih
Atau Tidak?
Dua jenis Cup bekam
moden yang biasa digunakan sekarang ialah :
Cup yang akan
dicuci semula selepas digunakan, kemudian direndam dgn cecair pembasmi kuman,
dikeringkan dan akhirnya disterilkan dengan mesin pengsterilan bagi menjamin
kebersihan alatan bekam yamg digunakan.
Jenis yg lain ialah
cup pakai buang. Selepas digunakan terus dibuang dan hanya digunakan pada
seorang pelanggan sahaja. Cup ini lebih mahal cajnya untuk seorang buat masa
ini membuatkan ia kurang menjadi pilihan.
3. Kenapa Demam
Selepas Bekam?
Kesan bekam
berbeza- beza untuk setiap orang. Salah satu yang paling kerap dialami ialah
"dedar" atau seolah nak demam. Bekam dipercayai dapat membetulkan
sistem dalam badan dan ketika proses pembetulan tersebut, berlaku pemulihan sel
yang mana akan menyebabkan suhu badan meningkat. Pelanggan hanya perlu
banyakkan minum air dan InshaAllah badan akan menjadi ringan dan selesa selepas
beberapa hari berbekam, berbeza mengikut pelanggan-pelanggan
4. Pitam Jika
Berbekam?
Biasanya pitam
terjadi apabila rasa takut melihat darah bekam. Jadi, disyorkan berbekam secara
meniarap kepada pelanggan yg merasa demikian. Kebiasaanya, kaedah berbekam
secara meniarap ini, sangat selesa kerana pelanggan tidak melihat jarum atau
darah.
5. Bekam Muka Sakit
Atau Tidak?
Bekam muka dikenali
juga sebagai bekam seri wajah . Bekam muka banyak permintaan daripada para
wanita atau mereka yang mengalami masalah jerawat.
Untuk bekam muka,
tidak seperti bekam badan. Kebiasaaan bekam muka hanyalah kadar seminit bekam
angin , seminit bekam darah dan seminit terakhir juga bekam darah. Ini untuk
mengelakkan bengkak yg agak ketara pada muka
Setelah tahu semua
ini, adakah anda masih takut berbekam??